Home Ekonomi Guan Eng harap rundingan turunkan harga ECRL selesai sebelum PM ke China

Guan Eng harap rundingan turunkan harga ECRL selesai sebelum PM ke China

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng merasmikan gimik pelancaran Transformasi Digital Dana Industri (IDTF) oleh Bank Pembangunan di Nusantara Ballroom, Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 07 MAC 2019.

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berharap China bersetuju untuk menurunkan harga projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) supaya ianya dapat diteruskan.

Beliau menyokong kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengatakan pengurangan harga bagi projek berkenaan adalah penting kerana Malaysia tidak mampu meneruskannya pada harga asal iaitu lebih RM55 bilion.

“Saya rasa kerajaan China telah menawarkan pengurangan harga dan saya berharap rundingan tersebut boleh dimuktamadkan.

“Saya rasa PM ada sebut tentang pengurangan harga dan saya harap rundingan ini dapat dimuktamadkan secepat mungkin,” katanya semasa sidang media selepas melancarkan Dana Transformasi Pendigitalan Industri di sini hari ini.

Tambah Guan Eng, beliau berharap perbincangan tersebut dapat diselesaikan sebelum lawatan Dr. Mahathir ke China bulan depan.

Sebelum ini Perdana Menteri pernah memaklumkan perbincangan pihaknya dengan kontraktor dari itu juga mendapati projek itu boleh dilaksanakan dengan kos RM35 bilion, jauh lebih rendah berbanding harga RM55 bilion yang dipersetujui kerajaan dahulu.-MalaysiaGazette

Artikel berkaitan: