HONG KONG – Seorang guru yang dipercayai mengalami tekanan kerja ditemui mati selepas terjatuh daripada bangunan sebuah sekolah rendah di sini.
Kejadian itu diklasifikasikan sebagai bunuh diri.
Kakitangan kecemasan memaklumkan beliau menerima panggilan kecemasan dari sekolah TWGHs Leo Tung Hai Lee di Jalan Tin Tan pada pukul 7.23 pagi.
Siasatan awal menunjukkan guru wanita berusia 48 tahun itu mati selepas terjatuh dari tingkat enam di koridor sekolah berkenaan.
Mangsa mati di tempat kejadian.
Semasa pasukan kecemasan tiba, mayat guru berkenaan sudah pun ditutup bagi mengawal situasi di sekolah.
Malah, murid-murid juga tidak dibenarkan meninggalkan kelas.
Tiada sebarang nota ditemui dan siasatan polis tidak menemui sesuatu yang mencurigakan. – MalaysiaGazette