Home Sukan Red Devils lakukan kebangkitan bersejarah di Paris- Solskjaer

Red Devils lakukan kebangkitan bersejarah di Paris- Solskjaer

Gol Rashford diraikan rakan sepasukan, Tahit Chong,dan Christ Smalling selepas mara ke suku akhir menundukkan PSG pagi tadi.-Foto: Getty Images

PARIS – Pengurus Sementara Manchester United Ole Gunnar Solskjaer berjaya membawa pasukan ke Suku Akhir Lga Juara Juara Eropah pada malam penuh dramatik.

Bintang legenda the Red Devils itu mengisytiharkan kemenangan bergaya itu dengan reaksi:” Ini yang kami lakukan”.

Romelu Lukaku membuka jaringan berganda sebelum sepakan penalti Marcus Rashford menerusi sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) membantu skuad England itu mara dengan kelebihan gol di tempat lawan.

Kejutan luar jangkaan itu ternyata mengejutkan Paris Saint Germain apabila bola hantaran pemain Man United, Diago Dalot terkena tangan pemain PSG, Kimpembe di kotak penalti dan terpaksa dirujuk kepada VAR oleh pengadil dari Slovenia, Damir Skomina.

Sepakan itu disempurnakan Marcus Rashford pada minit kecederaan ke-94 sebelum wisel penamat ditiup pengadil.

Kebangkitan Manchester United yang ketinggalan 2-0 di OLd Trafford disifatkan sebagai kebangkitan luar biasa dalam liga juara juara Eropah.

Ini kerana PSG yang merupakan kelab terkaya dalam Ligue 1 Perancis tidak pernah mara ke suku akhir.

Pada temasya musim 2017-18, PSG yang menang 4-0 di tempat sendiri menentang Barcelona bagaimanapun dilanyak dengan pesta gol di Nou Camp dan nasib sama berulang kali ini di hadapan penyokong dan halaman sendiri kelab itu.

“Inilah kelab Red Devils dan inilah yang kami lakukan… Begitulah Liga Juara Juara Eropah,” kata Solskjaer yang pernah menjaringkan gol kemenangan penting dalam aksi final menentang Bayern Munich pada 1999.

solskjaer senyum
Reaksi Bos Man United Solskjaer dengan muka mesra ‘baby face’ selepas Pemain Manchester United Romelu Lukaku menjaringkan dua gol menentang PSG di Paris pagi tadi.

Ini kali pertama sejak 2014, United mara ke pusingan suku akhir temasya berkenaan.

“Kami akan melangkah jauh dalam temasya kali ini. memang kami gembira tetapi masih perlu tunggu untuk melihat lawan kami pada suku akhir nanti,” katanya.

Sepanjang sejarah Liga Juara-Juara Eropah tidak pernah ada pasukan yang bangkit menang di tempat lawan selepas ketinggalan 2-0 di gelanggang sendiri dan Manchester United telah merekodkan sejarah dalam episod itu.

Solskjaer mengakui pasukan akan ditimpa maut sekiranya membiarkan Kylian Mbappe dan Angel di Maria bergerak bebas di gawang penalti.

“Memahami hakikat ini, kami memperketatkan kawalan di bek pertahanan dan gol awal membantu kami mengubah rentak dan memperoleh dua gol awal untuk kemenangan penting,” ujarnya lagi.

Pasukan Manchester United malam tadi turun tanpa 10 pemain kesebelasan utamanya tetapi PSG gagal menanfaatkan peluang walaupun menguasai 74 peratus bola sepanjang perlawanan.- MalaysiaGazette