
KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat kepada AS$102.4 bilion pada 28 Februari 2019 berbanding AS$102.3 bilion pada 15 Februari lalu.
Bank Pusat itu berkata, paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.4 bulan import tertangguh dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. – MalaysiaGazette