Home Sukan All England: Beregu lelaki ke suku akhir

All England: Beregu lelaki ke suku akhir

Foto BWF News

LONDON – Beregu lelaki profesional negara,  Goh V Shem-Tan Wee Kiong terus mempamerkan apabila berjaya melangkah ke saingan suku akhir kejohanan badminton All England di Arena Birmingham di England, semalam.

Bekas beregu kebangsaan itu menyingkirkan pilihan keempat dari Jepun, Hiroyuki Endo-Yuta Watanable 21-18, 21-19 dalam masa 40 minit.

Kemenangan itu menyaksikan mereka akan berdepan dengan pilihan kelapan dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto yang terpaksa berhempas pulas untuk menewaskan beregu bukan pilihan dari China, Ou Xuanyi-Ren Xiangyu 13-21, 21-19, 23-21.

Dalam pada itu, hasrat pasangan beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying terbantu selepas gagal meneruskan kemaraan apabila tewas pada pusingan kedua di tangan pasangan Indonesia, Tontowi Ahmad-Winny Oktavina Kandow 15,21, 21-16, 21-23. – MalaysiaGazette