Home Nasional Hina nabi tidak boleh dimaafkan – Nik Omar

Hina nabi tidak boleh dimaafkan – Nik Omar

Nik Omar Nik Aziz. foto AFIQ RAZALI, 27 DISEMBER 2018.
Nik Omar Nik Aziz. foto AFIQ RAZALI, 27 DISEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Berdasarkan prinsip Rukunegara, persoalan pelecehan agama Islam dan Nabi Muhammad SAW adalah satu kesalahan yang tidak boleh dimaafkan.

Ini kerana ia termasuk dalam peraturan yang bertujuan menjaga
keharmonian antara kaum, kata Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Nik Omar Nik Ab. Aziz.

Justeru, YADIM menyifatkan penubuhan Unit Pemantauan Isu Hina Islam sebagai satu tindakan telus dan proaktif dalam menangani isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW dan
agama Islam.

Penubuhan unit berkenaan yang diumumkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof itu adalah tepat, pantas pada masanya memandangkan isu agama merupakan isu yang sangat sensitif, mudah dimanupulasi dan boleh memecahbelahkan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Pada pandangan YADIM, katanya, penubuhan unit ini menjelaskan lagi betapa kerajaan amat mengambil berat dan rasa kebertanggungjawaban terhadap isu penghinaan terhadap Nabi
Muhammad SAW dan agama Islam yang kini semakin berleluasa.

“YADIM berharap unit ini mampu menjadi platform kepada masyarakat untuk menyalurkan aduan berkaitan isu penghinaan terhadap Nabi dan seterusnya ia dapat ditangani dengan
baik dan rahmah.

“Inisiatif Menteri di Jabatan Perdana Menteri menubuhkan sebuah unit khas bagi memantau isu-isu penghinaan Islam dan Nabi Muhammad SAW amatlah dipuji setelah perkara sedemikian sejak akhir-akhir ini menjadi semakin semarak dan menjadi tular di platform media sosial,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nik Omar, langkah tersebut perlu dilaksanakan dengan cepat dan cekap bagi mengelakkan isu penghinaan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW oleh segelintir orang awam cenderung berubah menjadi konflik antara agama dan kaum sebagaimana berlaku di beberapa buah negara.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Tiada kompromi, Unit Pemantauan Isu Hina Islam ditubuh – Mujahid