Home Sukan Malangnya nasib Zamir

Malangnya nasib Zamir

Foto Instagram Zamir Selamat.

KUALA LUMPUR – Siapa sangka, karier penjaga gol Muhammad Zamir Selamat akan berakhir pada usia yang akan mencecah 30 tahun.

Zamir yang pernah beraksi untuk Harimau Muda A, Johor Darul Ta’zim, Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC), Perak dan Melaka United kini pasrah dengan masa depannya.

Namun perasaan terkilan tetap wujud apabila dia yang juga pernah beraksi bersama skuad kebangsaan meluahkan kekecewaannya di Instagram miliknya.

“Tapi tu la. Kadang2 aku tepikir gak apa salah aku dengan Bola ni sampai jadi macam ni sekali.
“Berbelas team deal dah semua tak jadi. Dari liga super sampai liga m3. Kalau paling bawah pun aku cari Yang ada trainning team dan keeper. Sbb NAK TRAINNING!
“Aku dengar gak ade Yang kata aku smpai skang ni tak der team sebab demand gaji Tinggi terutama kuat aku dengar masa dekat kelantan. Sebab main game ok trainning pun ok. Tup tup tak jadi.
“So maknanya mungkin aku MINTAK GAJI 180RIBU KOT! Kalau ada orang management yang kata macam tu dekat penyokong tolong la suruh istighfar skit. Jangan nak lepas kan diri dan buat cerita cam tu. Smpai semalam pun aku setuju nak main team yg bayar 1-2k.
“TAPI SEPERTI BIASA. PAGI NI DORANG CANCEL. 🤔 .
Dengan panjang dah tulis ni dan segala yang terjadi untuk tahun ni. What can I say , I DONT HAVE ANY WORD TO SAY. HAHAHAHAHAH. Semoga bermula di pagi Jumaat 1 rejab Yang mulia ni Allah swt akan aturkan segalanya yg lebih baik untuk aku. Amin. .
“Dah2 la pasal bola,” luahnya panjang lebar. – MalaysiaGazette