KUALA LUMPUR – Insentif Pengeluaran Getah (IPG) akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 FOB
berada di paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang (farmgate) berada di paras RM2.50 sekilogram ke bawah.
Ia berkuatkuasa pada Januari tahun ini.
Lembaga Getah Malaysia berkata, pada bulan Februari 2019, harga purata peringkat ladang bagi cuplump adalah seperti berikut:
a) Semenanjung : RM 2.05 sekilogram;
b) Sabah : RM 1.75 sekilogram; dan
c) Sarawak : RM 1.90 sekilogram.
Manakala IPG Teraktif bagi bulan Februari 2019 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dengan
bayaran seperti berikut:
a) Semenanjung : RM 0.45 sekilogram;
b) Sabah : RM 0.75 sekilogram; dan
c) Sarawak : RM 0.60 sekilogram.
LGM berkata, para pekebun kecil boleh membuat tuntutan IPG berdasarkan kepada pengeluaran bulan Februari 2019 mulai 1 Mac 2019 hingga 30 Mac 2019. – MalaysiaGazette