Home Sukan Marouane Fellaini bersara dari skuad Belgium

Marouane Fellaini bersara dari skuad Belgium

Fellaini menggantung boot skuad Belgium selepas 18 tahun bersama pasukan kebangsaan itu.

ENGLAND – Bekas bintang Manchester United Marouane Fellaini bersara dari karier bola sepak antarabangsa berkuatkuasa semalam.

Bekas pemain Everton itu juga mengumumkan persaraan itu pada usia 31 tahun kali ini.

Fellaini melakukan 87 penampilan untuk skuad Belgium dan beraksi dalam dua kempen piala dunia.

Pada Piala Dunia Rusia 2018 lalu, dia membantu Belgium menamatkan saingan di tempat ketiga.

“Saya bersara dengan kenangan manis dari karier antarabangsa dan bangga Belgium mengungguli tempat teratas dalam rangking dunia FIFA,” katanya.

Fellaini kini beraksi untuk kelab Liga Super China, Shandong Luneng.

Beliau yang juga layak beraksi untuk skuad kebangsaan Maghribi memulakan penampilan di pentas antarabangsa pada Februari 2007 dan menjaringkan 18 gol dalam karier bersama Belgium.

“Saya rasa tiba masa berundur dan memberi laluan kepada generasi muda meneruskan kegemilangan Belgium ke peringkat lebih tinggi lagi,” ujarnya.- MalaysiaGazette