PARIS – Kesatuan Bola sepak Eropah (UEFA) menyokong keputusan sistem Video Bantuan Pengadil yang menghadiahkan sepakan penalti kepada Manchester United pagi Rabu lalu.
Keputusan itu menyaksikan the Red Devils menjinakkan Paris Saint Germain di Paris untuk mara ke suku akhir Liga Juara Juara Eropah.
Sepakan Diago Dalot telah terkena siku tangan pemain PSG Presnel Kimpembe tetapi hanya disahkan penalti menerusi sistem VAR oleh pengadil perlawanan Damir Skomina.
Bagaimanapun penyerang PSG, Neymar menyifatkan keputusan pengadil sebagai tindakan memalukan dan tidak adil.
Namun UEFA berkata, jarak bola itu tidak dekat dan tangan Kimpembe tidak rapat dengan badan.
Berdasarkan penelitian ini, impaknya tidak dijangka dan bola yang menuju ke gawang gol terhalang dengan tindakan pemain itu.
“Maka pengadil memberikan sepakan penalti dan Rashford menyempurnakan bola dalam bentuk gol kemenangan,’ kata UEFA dalam satu kenyataan.- MalaysiaGazette