Penjaga gawang Felda United FC, Norazlan Razali gagal menyelamatkan rembatan dan jaringan pemain PKNS, Romel Oswaldo pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan PKNS FC menentang Felda United FC di Stadium Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 09 MAC 2019
SHAH ALAM – FELDA United mangsa ketiga musim ini apabila PKNS FC mempamerkan kemampuan sebenar dan kemenangan selesa 2-0 di Stadium Shah Alam malam tadi.
Rentak kemenangan menewaskan Selangor 4-0 sebelum ini seakan memberi tonik buat skuad Semut Merah selepas seri tanpa jaringan dengan Kedah, Sabtu lalu.
Pemain import yang merupakan tonggak tengah PKNS PC Romel Oswaldo Ramirez berjaya meledak pada minit ke-23 bagi mendahului permainan.
Sepakan percuma pemain PKNS FC, Chan Vathanaka sekadar menggegar tiang gol pada minit terakhir sebelum rehat .
Pemain pertahanan import PKNS FC, Tamirlan Kozubaev menambah derita FELDA United sebaik bersambung babak kedua yang hanya memerlukan seminit untuk jaringan kedua tuan rumah.
Tersentak dengan jaringan PKNS FC, FELDA United bangkit mengatur serangan sebaliknya mereka dikecewakan dengan penyudah tumpul sehingga tamat perlawanan untuk Liga Super Malaysia 2019.
Pemain PKNS FC, Mohamad Qayyum Marjoni melakukan percubaan pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan PKNS FC menentang Felda United FC di Stadium Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 09 MAC 2019Pemain PKNS FC, Kpah Sean menanduk bola ke arah gawang pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan PKNS FC menentang Felda United FC di Stadium Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 09 MAC 2019Pemain PKNS FC, Kpah Sean (kiri) melakukan percubaan ke arah gawang pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan PKNS FC menentang Felda United FC di Stadium Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 09 MAC 2019Aksi pemain Felda United FC, Muhammad Anwar Ibrahim (tengah) melakukan percubaan ke arah gawang pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan PKNS FC menentang Felda United FC di Stadium Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 09 MAC 2019Penjaga gawang Felda United FC, Norazlan Razali diasak keras ketika menyelamatkan bola pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan PKNS FC menentang Felda United FC di Stadium Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 09 MAC 2019Reaski Pemain pemain PKNS FC meraikan kemenangan selepas tamatnya perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan PKNS FC menentang Felda United FC di Stadium Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 09 MAC 2019Kesebelasan utama pasukan PKNS FC bergambar sebelum memulakan perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan PKNS FC menentang Felda United FC di Stadium Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 09 MAC 2019Kesebelasan utama pasukan Felda United FC bergambar sebelum memulakan perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan PKNS FC menentang Felda United FC di Stadium Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 09 MAC 2019