KUALA LUMPUR – Naib Juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4) Liza Hanim akhirnya mendedahkan wajah anak kelimanya yang dilahirkan penghujung Januari lalu.
Liza memuat naik foto lelakinya itu selepas 44 hari dilahirkan dengan memilih nama Mohamed Al Fateh,
“Assalamualaikum dunia…. perkenalkan anak saya yang ke 5, Mohamed Al Fateh, hari ini Fateh 44 hari.
“Fateh lahir kecik je, 2.8 kg tapi hari ni dah 4.2kg. Doakan Fateh menjadi anak yang soleh, hamba Allah yang beriman serta berjaya dunia akhirat. #babyfatehlh,” tulisnya di akaun Instagram.
Sebelum ini, Liza mendirikan rumah tangga bersama bekas anggota kumpulan Indigo, Mohamed Shahrin Samsudin pada tahun 2003 dan dikurniakan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan. – MalaysiaGazette