KUALA LUMPUR – Baru sahaja berumur 25 tahun tapi Daiyan Trisha sudah memiliki rumah sendri.
Penyanyi itu berkongsikan berita gembira itu menerusi akaun Instagramnya.
Katanya, dia mula mengumpul duit sejak dua tahun lalu.
Meskipun proses membeli rumah agar sukar, namun dia berjaya membeli rumah jenis kondominium yang terletak di ibu kota.
“Maaf kalau saya beremosi sikit dalam video ini tapi saya tak dapat tahan perasan saya.
“Saya menantikan untuk membeli rumah sendiri sejak 23 tahun dan ada yang mengatakan pada masa itu saya terlalu muda lagi.
Kerja keras dan akhirnya saya membeli rumah di kawasan kegemaran saya tahun lalu,” antara kapsyen yang ditulisnya bersertakan video yang dimuatnaik.
Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin dilahirkan pada 1993, mula dikenali ramai menerusi telefilem pertama lakonannya yang bertajuk Dee.
Kerjaya filem beliau bermula pada 2015 menerusi filem drama komedi Girlfriend Kontrak. – MalaysiaGazette