Penjaga gawang Kuala Lumpur, Sharbinee Allawee gagal menyelamatkan sepakan penalti pemain Selangor FA, Sando Da Silva pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan Kuala Lumpur menentang Selangor FA di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 10 MAC 2019
KUALA LUMPUR – Penantian Selangor berakhir apabila menewaskan Kuala Lumpur 3-2 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi.
Red Giants berjaya membuktikan siapa gergasi Lembah Klang yang sebenar, menerusi sikap tidak berputus asa sehingga meraih tiga gol dalam tempoh 11 minit di babak kedua.
Amri Yahyah meledak gol kemenangan untuk menghadiahkan tiga mata penuh.
Terdahulu, serangan sulung tuan rumah pada minit keempat menghasilkan gol pembukaan perlawanan hasil tandukan Muhammad Syafwan Syahlan selepas menerima hantaran lintang daripada Zhafri Yahya.
Indra Putra Mahayuddin tenang melakukan penyudah untuk gol kedua Kuala Lumpur minit ke-37 hasil kesilapan Pertahanan Selangor, Taylor Regan pada yang gagal menghantar bola kepada penjaga golnya Mohd Farizal Harun.
Menerusi babak kedua minit ke-54, rembatan deras Mohd Syazwan Zainon dalam kotak penalti tersasar.
Selangor bangkit memperoleh dua gol dalam tempoh lima minit, bermula dengan sepakan penalti yang disempurnakan Sandro Da Silva pada minit ke-66 dan jaringan kedua menerusi Mohd Syazwan, minit ke-71.
Kuala Lumpur semakin tertekan apabila Amri memanfaatkan peluang terhidang dengan menyumbangkan gol kemenangan buat pasukannya
Pemain Selangor FA, Faiz Nasir (tengah) dihalang pemain Kuala Lumpur pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan Kuala Lumpur menentang Selangor FA di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 10 MAC 2019.Pemain Selangor FA, Syahmi Safari mengawal bola sambil dihalang pemain Kuala Lumpur, Fitri Omar pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan Kuala Lumpur menentang Selangor FA di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 10 MAC 2019Pemain Selangor FA, Syazwan Zainon (kiri) membuat hantaran sambil dihalang pemain Kuala Lumpur, Irfan Zakaria pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan Kuala Lumpur menentang Selangor FA di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 10 MAC 2019Pemain Kuala Lumpur, Indra Putra menjaringkan gol pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan Kuala Lumpur menentang Selangor FA di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 10 MAC 2019Pemain Kuala Lumpur, Indra Putra meraikan jaringan bersama rakan sepasukan pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan Kuala Lumpur menentang Selangor FA di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 10 MAC 2019Pemain Selangor FA, Sando Da Silva meraikan jaringan bersama rakan sepasukan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan Kuala Lumpur menentang Selangor FA di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 10 MAC 2019Pemain Selangor FA, Amri Yahyah meraikan jaringan bersama rakan sepasukan pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan Kuala Lumpur menentang Selangor FA di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 10 MAC 2019Pemain Selangor meraikan kemenagan selepas tamatnya perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan Kuala Lumpur menentang Selangor FA di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 10 MAC 2019Pemain Selangor FC, meraikan kemenangan dengan keputusan 3 – 2 pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan Kuala Lumpur FC menentang Selangor FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto MUHAMMAD ZULHAIRI, 10 MAC 2019Pemain Selangor FC, meraikan kemenangan dengan keputusan 3 – 2 pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan Kuala Lumpur FC menentang Selangor FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto MUHAMMAD ZULHAIRI, 10 MAC 2019