KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) digesa agar meneruskan perkhidmatan Malaysia Airlines (MAS) biarpun penerbangan negara itu mengalami kerugian.
Menurut beliau, MAS tidak boleh diganti dengan mana-mana penebangan lain yang ada di negara ini kerana ia adalah kebangsaan negara di mata dunia.
“Ia langkah yang salah sebab MAS adalah kebanggaan negara.
Ia perlu diteruskan sebab kerana MAS adalah penerbangan negara, dan perlu ada langkah pembaikpulih.
“Sewaktu saya jadi Pengerusi Khazanah, langkah pembaikpulih yang dirancang membuahkan hasil namun ia perlu lebih banyak masa.
“Tidak ada sebab mengapa MAS perlu dijual dan ditutup. Itu langkah yang salah dan tentunya rakyat tidak akan sokong langkah itu,” katanya ketika hadir hari pertama persidangan Dewan Rakyat, hari ini.