BRASILIA – Dua lelaki yang menutup muka memasuki kawasan sekolah di Suzano dan melepaskan tembakan hingga mengorbankan tujuh orang.
Beberapa pelajar turut cedera selepas ditembak.
Sebelum itu, dua suspek tersebut menembak seorang pemilik kedai yang keretanya dicuri.
Tragedi itu berlaku pada pukul 9.30 pagi semasa para pelajar berehat.
Kedua-dua suspek yang berusia 17 dan 25 tahun itu kemudian membunuh diri.
Mangsa-mangsa yang terbunuh termasuk dua kakitangan dan lima pelajar sekolah menengah.
Punca mengapa kedua-dua suspek yang juga bekas pelajar sekolah tersebut menyerang sekolah dan pelajar sedang disiasat.
Polis yang sudah pun mengepung sekolah berkenana menemui senjata api, anak panah dan beberapa bahan letupan.
Komander polis di Sao Paulo, Marcelo Salles menyifatkan tidak pernah berlaku kes serangan dan tembakan sedemikian rupa sejak tiga dekad lalu. – MalaysiaGazette