KUALA LUMPUR – Walaupun Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan semalam situasi pencemaran kimia di Pasir Gudang tidak memerlukan untuk diisytiharkan darurat namun Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak berpuas hati.
Tunku Ismail menerusi Twitter hari ini berpendirian darurat sepatunya sudah diisytiharkan sejak pada hari pertama kejadian itu berlaku lagi.
“2,000 orang terkesan tetapi tidak perlu isytihar darurat, wow. Sepatutnya sejak hari pertama sudah isytihar darurat dan pindahkan penduduk ke tempat lain buat sementara. Sampai dapat jaminan ia selamat,” tulisnya.
Sekalipun tidak membuat keputusan seperti itu namun tambah beliau, setidak-tidaknya kawasan tersebut perlu dikosongkan untuk beberapa tempoh sehingga keadaan kembali selamat.
“Tak isytihar tak apa tapi sekurang-kurangnya kosongkan kawasan sehingga semuanya stabil dan selamat,” tambahnya.
Mahathir semalam berkata, tiada keperluan untuk Pasir Gudang diisytiharkan sebagai kawasan darurat bencana dan tindakan memindahkan penduduk.
Namun beliau menasihatkan orang ramai berhati-hati.
Pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang yang sehingga kini menjejaskan kesihatan lebih 2,000 orang awam di kawasan itu.
-MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Let the Government handles the situation.
speaks less, and assist where necessary