Home Nasional Hina Agong: Pemilik akaun Facebook Sharil Chain ditahan

Hina Agong: Pemilik akaun Facebook Sharil Chain ditahan

Mohamad Fuzi
Mohamad Fuzi Harun

KUALA LUMPUR – Polis menahan pemilik akaun Facebook, Sharil Chain, kerana memuat naik komen jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, suspek berusia 36 tahun itu ditahan di Sungai Petani, Kedah bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Menurutnya, siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain.

Menurut Mohamad Fuzi, permohonan reman ke atas suspek akan dilakukan esok. – MalaysiaGazette