KUALA LUMPUR – Lembaga Peperiksaan (LP) menangguhkan peperiksaan Teori A The Associated Board of the Royal Schools of Music (ABRSM) di sekolah Pasir Gudang, Johor.
Kementerian Pendidikan Malaysia dalam satu kenyataannya hari ini berkata, peperiksaan itu sepatutnya diadakan pada 16 Mac ini.
Ia ditangguhkan kepada satu tarikh yang belum ditetapkan.
Ia susulan daripada arahan penutupan sebanyak 111 buah sekolah di Pasir Gudang ekoran bencana pencemaran sisa-sisa bahan kimia di Sungai Kim-Kim.
Pusat peperiksaan tersebut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Johor Jaya 2, SMK Permas jaya 2, SMK Taman Mount Austin dan SMK Taman Pelangi Indah.- MalaysiaGazette