Home Dunia Satu lagi mayat mangsa serangan di masjid ditemui

Satu lagi mayat mangsa serangan di masjid ditemui

Polis mengawal di luar perkarangan Masjid Al Noor di New Zealand. foto Reuters

WELLINGTON – Jumlah kematian dalam serangan masjid di New Zealand meningkat kepada 50 orang selepas polis menemui satu lagi mayat.

Mayat tersebut masih belum diserahkan kepada keluarga kerana siasatan masih diteruskan, menurut Komisioner Polis, Mike Bush.

“Kami perlu mendapatkan penjelasan punca kematian dan mengesahkan identiti mangsa. Meskipun begitu, polis akur dengan keperluan agama yang memerlukan setiap jenazah dikebumikan dengan segera,” katanya.

Bush berkata, mayat ke-50 itu ditemui di masjid Al Noor, lokasi serangan oleh seorang warga Australia hingga mengakibat kematian, sebelum pergi ke masjid kedua untuk melakukan serangan sama.

Suspek, Brenton Harrison Tarrant, 28, menggunakan pistol semi-automatik dalam serangan berkenaan.

Dia telah didakwa membunuh dan tidak dibenarkan direman. – MalaysiaGazette