KUALA LUMPUR – Hasil Kajian Insititut Analisis dan maklumat Pasaran Buruh (ILMIA) menyenaraikan lima sebab utama kepada pemberhentian pekerja oleh majikan di negara ini antara tahun 2009 hingga tahun 2018.
Dalam satu kenyataan hari Kementerian Sumber Manusia, seramai 142,336 orang pekerja telah diberhentikan kerja oleh majikan mereka bagi tempoh antara tahun 2014 hingga tahun 2017.
Daripada angka itu, sebanyak 15 peratus atau 21, 821 kes didaftarkan dibawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Industri 1967.
“Hasil kajian ILMISA mendapati lima sebab pemberhentian pekerja di Malaysia bawah Seksyen 20 akta berkenaan iaitu pertama sebanyak 30 peratus merujuk kepada pemberhentian perkhidmatan disebabkan penyelarasan lebihan pekerja.
“Sebab kedua sebanyak 29 peratus salah laku iaitu tingkah laku tidak betul pekerja yang dianggap tidak sesuai dengan peraturan dan etika yang ditetapkan majikan,” kata kenyataan hari ini.
Justeru notis penamatan kontraktual (14 peratus) yang boleh ditakrifkan sebagai notis penamatan kontraktual sederhana (gaji sebagai ganti) dan tanpa sebab, jika tidak didasarkan atas alasan atau alasan yang wajar masih akan menjadi pemecatan tanpa alasan atau alasan.
“Pemecatan konstruktif pula melibatkan enam peratus pekerja yang mana berujuk tindakan majikan di sesebuah organisasi yang dengan niat menyebabkan suasana kerja untuk pekerjanya menjadi sukar atau tidak adil supaya pekerja itu dipaksa meninggalkan pekerjaan itu.
“Manakala peletakan jawatan secara paksaan empat peratus satu lagi hasil kajian yang mana merujuk kepada situasi iaitu seorang pekerja tidak mempunyai pilihan lain tetapi meletakkan jawatan disebabkan elemen tekanan atau duress daripada majikan,” kata kenyataan yang sama.
Dalam pada itu ILMIA juga menyatakan lain-lain sebab pula menyumbang sebanyak 14 peratus termasuk percubaan, terma kontrak yang ditetapkan, peletakan jawatan secara sukarela, ketidakpuasan hati pada kontra, persaraan, gaji minimum, pelaksanaan persaraan dan ketidakpuasan tahap persembahan dan sebagainya.
Dalam pada itu, kementerian menyatakan komiten dalam memastikan majikan mematuhi semua peraturan dan pemecatan seperti termaktub dibawah Seksyen 20 Akta Hubungan Industri 1967.
Menurut kementerian itu, ia penting untuk mengelak layanan tidak adil terhadap pekerja oleh setiap majikan.
Katanya para majikan juga harus menagih nasihat dari kementerian sebelum mengendalikan sesebuah tindakan pemecatan pekerja.
“Para majikan dilarang memecat pekerja mereka disebabkan isu salah laku sebelum menjalankan enquiri dalaman yang adil untuk pekerja.
“Majikan juga harus mematuhi terhadap segala keperluan dibawah akta berkenaan khususnya dalam menyediakan dokumentasi sepanjang proses siasatan berjalan,” tegas kementerian.
Dalam perkembangan sama kementerian mengharapkan kesatuan sekerja memainkan peranan dalam membimbing pekerja yang berdepan kes pemecatan oleh majikan
Justeru, ia juga meminta persatuan majikan di negara ini juga disaran memainkan peranannya supaya ahli persatuan memahami prosedur yang harus dipatuhi sekiranya berlaku penutupan syarikat, lebihan pekerja di syarikat dan isu salah laku.
“Pekerja yang berdepan pemecatan secara tidak adil boleh memfailkan pengembalian semula pekerjaan dalam tempoh 60 hari dari tarikh penamatan dibawah Seksyen 20 akta yang sama.
Mana-mana individu yang menagih nasihat peribadi dari kementerian atau wakil jabatan dan agensi dibawah kementerian digalakkan hadir ke Hari Bertemu Pelanggan setiap Selasa dari 8 pagi hingga 10 pagi di Dewan Serbaguna, Level 1, Blok D3, Kompleks D, Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya.- MalaysiaGazette