LIVERPOOL – Liverpool kembali mengungguli kedudukan teratas carta Liga Perdana Inggeris selepas sepakan Penalti James Milner membolehkan pasukan itu mengutip tiga mata penuh pada perlawanan malam tadi.
Liverpool mendahului Fulham di Craven Cottage menerusi gol pembukaan Sadio Mane pada minit ke-26.
Namun pada separuh masa kedua, Fulham berjaya menafikan gol the Kops dengan bangkit menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-74 menerusi Ryan Babel.
Gol itu ternyata mencemaskan skuad kendalian Jurgen Klopp yang terdesak tidak mahu keciciran mata ketika sedang bersaing rapat dengan Manchester City.
Hasilnya Liverpool dihadiahkan sepakan penalti dan James Milner berjaya menyempurnakan sepakan itu kepada tiga mata penuh untuk melonjak ke tangga teratas liga.
Liverpool tidak pernah mengungguli EPL sejak 29 tahun lalu.- MalaysiaGazette