Home Nasional Sijil UEC boleh mohon perjawatan awam?

Sijil UEC boleh mohon perjawatan awam?

Teo Nie Ching
Teo Nie Ching

KUALA LUMPUR – Warganet meminta Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) khususnya, menjelaskan bila Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) diiktraf untuk memohon jawatan kosong.

Ini berikutan status pemimpin DAP itu menerusi akaun Twitter Nie Ching Teo, memaklumkan pemegang Sijil Menengah Agama (SMA), Sijil Menengah Ugama (SMU) dan UEC boleh memohon jawatan guru di sekolah rendah.

“Pemegang SMA, SMU dan UEC yang minat untuk menjadi guru di sekolah rendah, jangan melepas peluang ini,” tulis beliau sambil berkongsi link pismp.moe.gov.my/iklan_uec_sma.cfm

Seorang netizen, Rafidah Hanim Mokhtar yang tidak berpuas hati dengan ciapan timbalan menteri itu menyatakan, setahunya sijil UEC tidak diiktiraf untuk pengambilan perjawatan awam kerana ia bertentangan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Justeru, beliau meminta Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik memberi pencerahan berhubung status Nie Ching itu.

Seorang lagi netizen yang memakai nama S. Farizi memberitahu, mengiktiraf sijil UEC jelas satu perjuangan perkauman yang berbahaya kepada perpaduan nasional.

Katanya, UEC hanya untuk kepentingan satu kelompok kaum sahaja dan mengiktiraf sijil itu seolah mengundang malapetaka nasional. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Habis sijil SMA dengan SMU tu untuk semua kaum ke? Mostly Muslim je kan yg amik sijil ni. Apa salahnya iktiraf UEC asalkan pemohon tu benar2 layak untuk menyandang jawatan yang dipohonnya.

Comments are closed.