Home Utama Tabung Haji catat nilai aset RM76.5 bilion, liabiliti RM75.5 bilion

Tabung Haji catat nilai aset RM76.5 bilion, liabiliti RM75.5 bilion

Bangunan Tabung Haji. foto HAZROL ZAINAL, 11 DISEMBER 2018.

KUALA LUMPUR — Lembaga Tabung Haji telah memulihkan lembaran imbangan apabila nilai asetnya mencatat RM76.5 bilion berbanding liabiliti sebanyak RM75.5 billion setakat Disember 2018, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata pencapaian itu merupakan hasil kejayaan daripada pemulihan dan penstrukturan semula lembaga berkenaan tahun lepas.

Mujahid juga berkata agihan hibah atau bonus kepada pendeposit akan diumumkan tidak lama lagi.

— BERNAMA