Home Dunia Kematian akibat taufan Idai dijangka 1,000 orang

Kematian akibat taufan Idai dijangka 1,000 orang

Pemandangan Beira yang terjejas teruk selepas dilanda taufan Idai pada Khamis lalu. foto Agensi

MAPUTO – Jumlah kematian akibat taufan Idai di Mozambique dijangka mencecah 1,000 orang.

Taufan itu melanda berhampiran bandar pelabuhan Beiru pada hari Khamis lalu dengan angin selaju 177 kilometer sejam.

Pasukan penyelamat hanya dapat memasuki kawasan itu pada Ahad lalu.

Setakat ini, jumlah kematian yang direkodkan adalah seramai 84 orang susulan banjir kilat dan angin kencang yang turut memusnahkan kediaman dan menerbangkan bumbung premis.

Ribut itu telah mengorbankan 180 orang merentasi Afrika Selatan.

Presiden Filipe Nyusi yang melawat Beira berkata, ribut yang melanda kawasan itu telah menyebabkan kemusnahan sambil menambah banyak mayat terapung di atas air.

Terdahulu, Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRC) menggambarkan bencana alam itu sebagai “menakutkan”.

IFRC berkata, pihaknya terpaksa menyelamatkan orang ramai yang berlindung di atas pokok.- MalaysiaGazette