UTRECHT – Seorang lelaki ditahan selepas tiga orang terbunuh dalam kejadian tembakan di dalam tram di bandar ini.
Dalam kejadian itu lima orang cedera termasuk ada yang parah.
Gokmen Tanis, 37, seorang lelaki Turki ditahan selepas beberapa jam di dalam sebuah bangunan kira-kira dua batu dari tempat kejadian.
Motif serangan belum diketahui.
Serangan itu menyebabkan polis melancarkan mengesan suspek secara besar-besaran sehingga sekolah-sekolah ditutup.
Malah, keselamatan di lapangan terbang dan masjid dipertingkatkan sementara polis mengesan suspek.
Kejadian itu berlaku pada pukul 10.45 pagi (waktu tempatan) selepas polis menerima laporan berlaku tembakan dalam salah satu tram bandar di 24 Oktoberplein.
Seorang saksi memberitahu, seorang lelaki melepaskan tembakan secara rambang sebelum melarikan diri.
Polis berkata, serangan yang berlaku itu merupakan insiden pengganas tetapi pendakwa raya yang mengadakan sidang akhbar memaklumkan kejadian itu disebabkan ‘keluarga’.
Tanis mempunyai rekod polis.
Seorang ahli perniagaan memaklumkan, Tanis pernah berjuang di Chechnya.
“Dia pernah ditahan kerana ada kaitan dengan IS tetapi dibebaskan,” katanya. – MalaysiaGazette