CHRISTCHURCH, New Zealand – Dua daripada 50 mangsa serangan masjid di Christchurch selamat dikebumikan hari ini.
Jenazah Khalid Mustafa dan anak sulungnya yang berusia 14 tahun Hamza disemadikan di Memorial Park Cemetery di Linwood.
Semalam polis menyerahkan enam jenazah mangsa serangan itu kepada keluarga masing-masing dan mengumumkan 15 lagi jenazah akan diserahkan tidak lama lagi.
Kira-kira 200 orang berkumpul di tanah perkuburan itu pada pagi ini.
Menjelang tengahari, dua jenazah itu diusung ahli keluarga dan sukarelawan dan mereka yang hadir melaungkan ‘Allahu Akhbar’.
Mereka yang hadir juga kelihatan berpelukan.
Semalam, polis mengumumkan enam jenazah telah diserahkan kepada keluarga mereka.
Seorang jurucakap polis memberitahu Stuff, bedah siasat kesemua 50 mangsa telah selesai dan 21 mayat telah dikenalpasti dan akan diserahkan kepada keluarga masing-masing.
Pesuruhjaya Polis, Mike Bush berkata, beliau menjangka majoriti jenazah akan diserahkan kepada keluarga mereka pada petang ini. – Agensi