CHRISTCHURCH – Semua rakyat New Zealand diminta bertafakur selama dua minit pada Jumaat ini.
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern berkata, acara itu bagi memperingati pemergian 50 mangsa dalam serangan pengganas di dua buah masjid di sini yang genap seminggu kejadian itu berlaku.
Memetik laporan NZ Herald, acara penuh simbolik itu akan disiarkan secara langsung menerusi Radio NZ dan TVNZ.
Ardern telah bertemu dengan pemimpin-pemimpin masyarakat Islam di New Zealand dan mereka menyokong umat Islam untuk kembali ke masjid sebagai memperingati satu minggu kejadian itu. – MalaysiaGazette