KUALA LUMPUR – Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan sekeras kerasnya dakwaan bahawa bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad terlibat dalam kemalangan.
Menurut satu kenyataan, gambar tersebut tidak menujukkan kemalangan itu berlaku di bangunan Parlimen, malah kereta yang didakwa itu pun menimbulkan keraguan.
“PM dan isteri tidak terlibat dalam apa apa kemalangan di Parlimen dan gambar tersebut tidak menggambarkan suasana di Parlimen.
“Kemungkinan gambar itu di luar negara,” kata pegawai Dr Mahathir.
Hari ini tular, satu gambar di aplikasi WhatApp yang mendakwa Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu kemalangan bersama isterinya, Tun Hasmah Mohamad Ali.
Malah menurut pesanan itu, insiden itu akan disiarkan dalam berita di saluran TV1 jam 8 malam nanti.
“Kereta bawa PM terbabas semasa keluar daripada sidang Parlimen dan PM Tun Mahadir cedera ringan dan Tun Hasmah kesakitan,” demikian menurut pesanan berkenaan.
Dr Mahathir kini sedang menerima kunjungan hormat Presiden Yayasan Masjid Seville, Sepanyol, Ibrahim Hernandez di pejabatnya. – MalaysiaGazette