KUALA LUMPUR – Ella mahu para peminat yang datang ke konsertnya nanti dapat mengimbas memori indah bersama lagu-lagunya.
Penyanyi rock terkenal itu akan mengadakan Konsert Ella Upplugged In KL yang bakal berlangsung di Istana Budaya selama tiga malam bermula 29 Mac ini.
Suaminya, Azhar Ghazali juga bakal terlibat dan bermain gitar dalam konsertnya kelak.
Menurut Ella, dalam konsertnya nanti ada tiga segmen yang dinamakan Segmen Peace – Unplugged), Segmen Asli- Sebarkan Cinta dan Segmen Rindu – Rock n Roll.
“Kenangan manis saya masa konsert ialah setiap kali fullhouse termasuk dulu-dulu di Lumut sampai kata 40,000 orang datang.
“Dengar kawasan itu jammed sampai pukul 6 pagi. Kali ini kami akan beri yang terbaik supaya yang datang tidak balik hampa,” katanya kepada Malaysia Gazette hari ini.
Antara kejutan yang dibuat kali ini ialah menyanyi lagu Sembilu dengan kejutan namun enggan mengulas lanjut mengenainya.
Sementara itu, Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin memberitahu, persediaan konsertnya hujung bulan ini kini sudah mencapai tahap akhir.
Konsert Ella Unplugged in KL akan menampilkan lebih 20 lagu hit ratu rock itu yang dialunkan dalam bunyi akustik diiringi pemuzik terdiri daripada alumi dan pelajar tahun akhir ASWARA.
Tiket boleh dibeli sejak 2 Januari lalu serendah RM159 hingga RM519 di Proticket atau laman sesawang www.proticket.com.my. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: