Home Dunia Beribu jemaah dijangka tunai solat Jumaat di taman seberang Masjid Al Noor

Beribu jemaah dijangka tunai solat Jumaat di taman seberang Masjid Al Noor

Masjid Al Noor di Christchurch

CHRISTCHURCH – Seorang imam berkata beliau menjangka beribu-ribu jemaah akan menunaikan solat Jumaat esok, seminggu selepas serangan ke atas dua buah masjid di Christchurch, New Zealand.

Dua lagi mangsa daripada 50 orang yang terkorban pada Jumaat lalu dikebumikan hari ini, lapor AP.

Iman Gamal Fouda berkata, beliau telah berbincang dengan para pegawai perbandaran dan ahli parlimen berkenaan perancangan untuk menunaikan solat Jumaat di sebuah taman di seberang Masjid Al Noor yang mana sekurang-kurangnya 42 orang terkorban.

Fouda menjangka antara 3,000 hingga 4,000 jemaah termasuk mereka yang datang dari luar negara menunaikan solat Jumaat di situ.

Katanya, kariah Masjid Linwood, di mana tujuh orang dibunuh oleh lelaki bersenjata api, juga akan menunaikan solat Jumaat di taman itu.

Tambah beliau, para pekerja masjid sedang membaiki kerosakan akibat serangan itu dan akan menanam permaidani yang dipenuhi darah. – Agensi