Home Nasional Siasatan kemalangan di LTSAAS dijangka siap dalam sebulan

Siasatan kemalangan di LTSAAS dijangka siap dalam sebulan

Datuk Kamarudin Jaffar

SEPANG – Siasatan Biro Siasatan Kemalangan Udara berhubung kemalangan di landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang (LTSAAS) yang menyebabkan seorang kakitangan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) maut, dijangka siap dalam masa sebulan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamarudin Jaffar.

Beliau berkata pihak yang turut menjalankan siasatan ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Penyiasatan berhubung kemalangan itu masih dijalankan kedua-dua pihak,” katanya kepada pemberita selepas majlis Perbarisan Tamat Latihan Asas Pegawai dan Pembantu Keselamatan Penerbangan MAHB di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini.

Pada Isnin lepas, kakitangan MAHB Mohd Ruzaimi Iskandar Ahmad Razali, 39, cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah pesawat persendirian di landasan LTSAAS, Subang. Mangsa menghembuskan nafas terakhir Selasa lepas semasa dirawat di sebuah hospital swasta.

— BERNAMA

Artikel berkaitan: