KUALA LUMPUR – Angkatan Gerak Minda Malaysia (AGRA) hari ini mengecam tindakan biadap dan gangsterisme penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap beberapa mahasiswa Universiti Malaya (UM).
Presidennya, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir berkata, beliau kecewa dengan sikap yang ditonjolkan pimpinan UMNO, yang jelas masih mengamalkan pemikiran dan pembawakan ‘barbaric’ menafikan hak bersuara.
“UMNO cuba menafikan semua itu terutamanya golongan mahasiswa untuk menyatakan pandangan, sedangkan UMNO sendiri kini dalam segenap usaha ‘menunggang’ mahasiswa suatu masa pinggirkan ruang dan medan untuk bersuara termasuk nasib mahasiswa itu sendiri.
“Kini selaku pembangkang, amat menyedihkan apabila begitu ketara segala ‘pendekatan’ atau ruang keterbukaan kononnya cuba dibawa UMNO adalah perihal ‘retorika’ semata-mata.
“Ini dibuktikan melalui insiden hari ini apabila mereka masih lagi menafikan dan terkesan dengan perkara yang terpelihara melalui Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan sehingga mengasari dan bersikap ganas ke atas mahasiswa itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu sekumpulan enam pelajar UM didakwa dikasari oleh penyokong Najib yang diketuai Datuk Lokman Noor Adam selepas mereka mengganggu Najib berucap pada Program Sembang Santai bersama Mahasiswa UM di Restoran Amjal, Pantai Bharu, di sini.
Sebelum mereka dikasari berlaku pergelutan apabila Lokman merampas plakad berupa gambar badut mirip Najib daripada Presiden Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany), Wong Yan Ke sebelum dia dicekik dari belakang oleh salah seorang penyokong Najib.
Mohd Ashraf juga berkata, sepatutnya mahasiswa di institut pengajian tinggi sewajarnya diberi kebebasan untuk menyatakan aksi (bersorak dan pegang plakad) dan ia adalah salah satu dari ruang intelektualisme yang perlu dibangkitkan.
“Sifat mahasiswa itu mandiri! Bukannya perlu ditunjuk-tunjuk dan disekat-sekat pergerakan mereka apatah lagi dimanipulasi dan diperbodohkan demi melunaskan agenda peribadi mahupun agenda politik.
“Apatah lagi dari seorang individu yang korup, dan perihal ini perlu membuka mata mahasiswa seluruhnya agar tidak sama sekali dipersendakan atas prinsip dan pegangan mereka,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
DS Najib tidak ada sebarang jawatan dlm kabinet pun. Sebarang tindakan provokasi/menghina DSNajib sudah pasti bersifat peribadi semata2. Wajar bagi saudara-mara/sahabat DS Najib mengambil tindakan membendung mengikut kesesuaian keadaan. Respek Dato’ Lokman yg sentiasa membela DS Najib. Shut up KJ since you don’t have balls.