Home Ekonomi Bursa lebih tinggi pagi ini

Bursa lebih tinggi pagi ini

Harga saham di Bursa Malaysia tinggi semasa dibuka hari ini, didorong beberapa sokongan belian dalam saham wajaran tinggi terpilih walaupun pasaran saham Asia mencatatkan prestasi bercampur-campur.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia pulih daripada penyusutan semalam untuk dibuka lebih tinggi hari ini, menjejaki aliran menaik dalam kebanyakan pasaran serantau selepas peningkatan ketara saham AS yang dirangsang peningkatan dalam sektor teknologi.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.56 mata kepada 1,669.22 daripada 1,663.66 penutup Khamis selepas dibuka 5.92 mata lebih kukuh pada 1,669.58.

Dalam nota hari ini, Malacca Securities Sdn Bhd berkata selepas tekanan semalam, yang dipercayai berlebihan, bursa tempatan dijangka mengakhiri minggu ini dalam nada lebih positif.

“Keadaan positif dalam ekuiti global juga boleh memberi sokongan kepada saham Malaysia untuk kembali menokok, tetapi kekal menjadi pasaran paling ke belakang dalam kalangan rakan serantau, di tengah-tengah krisis keyakinan yang berterusan,” katanya.

Pada jam 9.30 pagi, terdapat 228 kaunter naik berbanding 153 kaunter turun dan 229 kaunter tidak berubah di Bursa Malaysia.

FBM-KLCI berada pada 1,660.87, turun 2.79 mata, FBMACE berada pada 4,789.92, naik 10.59 mata, dan FBMEMAS berada pada 11,642.85 turun 11.66 mata.

Sejumlah 367.680 juta saham bertukar tangan bernilai RM215.932 juta. – MalaysiaGazette