Home Sukan Malaysia Arlines rakan penerbangan FAM

Malaysia Arlines rakan penerbangan FAM

Foto Laman Rasmi Facebook FAM.

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) sebagai rakan penerbangan rasmi badan bola sepak itu hari ini.

Kerjasama strategik itu dimeterai dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Izham Ismail dengan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Perjanjian perkongsian dua tahun itu menyaksikan Malaysia Airlines dan FAM bekerjasama dalam aktiviti pemasaran dan promosi kedua-dua pihak.

Malaysia Airlines juga akan dinamakan penerbangan rasmi Team Harimau Malaya dan Harimau Muda.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan FAM hari ini, Izham berkata, kerjasama ini merupakan tanda sokongan penuh syarikat itu kepada pembangunan sukan di negara ini.

Sementara Hamidin mengucapkan selamat kembali ke Malaysia Airlines dalam sukan bola sepak, yang pernah menjadi rakan kongsi FAM sebelum ini.

Malaysia Airlines merupakan penaja penerbangan skuad Harimau Malaya semasa kejohanan Piala AFF Suzuki. – MalaysiaGazette