KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai yang berada di kawasan yang merekodkan kualiti udara tidak sihat dan cuaca panas supaya mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan ke atas kesihatan.
Antara langkah-langkah tersebut ialah:
- Kurangkan aktiviti fizikal yang menyebabkan peningkatan kadar pernafasan dan metabolisma badan. Keadaan ini boleh meningkatkan risiko penyakit akibat jerebu dan cuaca panas;
-
Sentiasa berada di dalam bangunan (indoor) dan jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut (face mask) yang sesuai dan pelindung diri seperti payung dan topi;
-
Tutup tingkap bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan. Elakkan aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara dalam rumah atau bangunan dengan tidak merokok dan sentiasa membersihkan persekitaran dalaman;
- Gunakan pendingin hawa dengan memilih operasi (mode) kitaran udara dalaman semasa memandu kenderaan;
Banyakkan minum air kosong walaupun tidak terasa dahaga (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari). Ini adalah bagi mengekalkan tahap hidrasi untuk mengawal-atur suhu badan; -
Kerapkan mandi bagi menyejukan badan. Elakkan memakai pakaian yang tebal, ketat dan berwarna gelap bagi membantu proses kehilangan haba dari badan;
-
Jika mampu pasanglah alat pendingin hawa dan penapis udara (air filter/purifier) yang berkecekapan tinggi di rumah bagi menapis partikel halus dan menghalang kemasukan pencemaran udara dari luar; dan
-
Dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya tidak sihat.
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai boleh mendapatkan langkah-langkah penjagaan kesihatan menerusi laman sesawang kementerian itu.
Antaranya:
https://www.infosihat.gov.my/index.php/isu-semasa/51-jerebu;
http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/183 dan
http://www.myhealth.gov.my/cuaca-panas-a-kesihatan – MalaysiaGazette