Home Nasional Penutupan sementara Akleh mulai hari ini hingga Ahad

Penutupan sementara Akleh mulai hari ini hingga Ahad

KUALA LUMPUR – Projek Lintasan Kota Sdn. Bhd., pemegang konsesi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) akan membuat penutupan sementara di beberapa lokasi bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan jambatan projek ‘Saloma Link’ yang dikendalikan oleh Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB).

Penutupan sementara akan bermula pada hari ini sehingga Ahad, 7 April 2019 secara berperingkat.

Sehubungan itu, pengguna lebuh raya dinasihatkan agar berhati-hati dan mematuhi arahan papan tanda yang diletakkan di sekitar kawasan pembinaan terbabit. – MalaysiaGazette

No. Lokasi Tarikh dan masa Laluan Alternatif
Masa mula Tarikh mula Masa tamat Tarikh tamat
1. KM 1.1

(Arah Kuala Lumpur)

10.00 malam 22/03/2019

(Jumaat)

10.00 malam 29/03/2019

(Jumaat)

Pengguna ke arah Pusat Bandar akan dilencongkan ke lorong kiri.
2. KM 1.1

(Arah Ampang)

10.00 malam 29/03/2019

(Jumaat)

2.00 pagi 30/03/2019

(Sabtu)

Pengguna hanya boleh menggunakan

lorong kanan sahaja.

3. KM 1.1

(Arah Ampang)

2.00 pagi 30/03/2019

(Sabtu)

3.00 pagi 30/03/2019

(Sabtu)

Menggunakan Jalan Ampang untuk ke Ampang.
4. A. Ke AKLEH dari Jalan Sultan Ismail.

B. Dari AKLEH ke Jalan Sultan Ismail.

C. Penutupan sebahagian Persimpangan Jalan Sultan Ismail di susur masuk dan keluar dari AKLEH.

D. Lorong kanan dan lorong tengah di KM 1.1 (Arah Kuala Lumpur).

3.00 pagi 30/03/2019

(Sabtu)

4.00 pagi 30/03/2019

(Sabtu)

  1. Gunakan susur masuk di Jalan Raja Abdullah untuk ke Ampang.
  1. Menggunakan Jalan Ampang untuk ke Pusat Bandar.
5. KM1.1

(Arah Kuala Lumpur)

4.00 pagi 30/03/2019 (Sabtu) 6.00 pagi 30/03/2019 (Sabtu) Gunakan lorong kiri.
6. KM1.1

(Arah Kuala Lumpur)

6.00 pagi 30/03/2019  (Sabtu)) 8.00 pagi 30/03/2019 (Sabtu) Ke Pusat Bandar menerusi laluan kontra.
7. KM1.1

(Arah Kuala Lumpur)

8.00 pagi 30/03/2019 (Sabtu) 10.00 pagi 30/03/2019 (Sabtu) Gunakan lorong kiri.
8. KM 1.1

(Arah Ampang)

10.00 malam 30/03/2019 (Sabtu) 10.00 malam 05/04/2019 (Jumaat) Pengguna menghala ke Ampang akan dilencongkan ke lorong sementara.
9. KM1.1

(Arah Ampang)

10.00 malam 05/04/2019 (Jumaat) 2.00 pagi 06/04/2019 (Sabtu) Gunakan lorong kiri untuk ke Ampang.
10. KM1.1

(Arah Ampang)

2.00 pagi 06/04/2019 (Sabtu) 6.00 pagi 06/04/2019 (Sabtu) Ke Ampang menerusi laluan kontra.
11. AKLEH KM1.1

(Arah Ampang)

6.00 pagi 06/04/2019 (Sabtu) 5.00 pagi 07/04/2019 (Ahad) Gunakan lorong kiri untuk ke Ampang.