KUALA LUMPUR – Polis telah merakam keterangan juruterbang pesawat swasta yang merempuh kenderaan unit kejuruteraan Malaysia Airports Berhad (MAB) Selasa lalu.
Insiden yang berlaku pada pukul 3.20 pagi di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang itu menyebabkan seorang petugas Malaysia Airports Holdings Berhad meninggal dunia.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, terdapat beberapa laporan polis dibuat berhubung insiden tersebut termasuklah daripada pihak keluarga mangsa.
“Kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.
Artikel berkaitan: Kakitangan MAHB parah dalam kemalangan dengan pesawat persendirian
Kakitangan MAB cedera dalam kemalangan di landasan meninggal dunia
Pesawat patuhi semua peraturan – Berjaya Air
Tiada amaran ada kenderaan di landasan – Juruterbang
Siasatan kemalangan di LTSAAS dijangka siap dalam sebulan
Jangan buat spekulasi tentang kemalangan – MAHB
Kita telah memangggil pemandu pesawat terbabit untuk proses merakam percakapan.
“Siasatan juga dibuat secara menyeluruh termasuk daripada syarikat terlibat untuk membolehkan polis menyiapkan kertas siasatan secepat mungkin,” ujarnya. – MalaysiaGazette