KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin berkata, UMNO perlu mengecam tindakan kasar beberapa penyokong Datuk Seri Najib Razak ke atas enam penuntut Universiti Malaya.
“Setuju. UMNO mesti mengutuk tingkah laku ini,” katanya melalui akaun Twitter.
Ahli Parlimen Rembau itu mengulas kenyataan seorang pengguna Twitter bernama Ali Amir Razali yang tidak senang dengan tindakan Datuk Lokman Nor Adam yang menyerang penuntut terbabit.
Ali berkata, meskipun dia tidak setuju dengan tindakan penuntut universiti berkenaan tetapi tindakan Lokman yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO telah menjejaskan nama parti.
“Inilah sebabnya mereka selalu memanggil UMNO gengster. Tahniah LobakMan kerana anda telah membuktikan mereka betul. Anda adalah MT. Jangan busukkan nama UMNO!,” kata Ali. – MalaysiaGazette