Home Nasional SPRM tidak tolak panggil Hadi bantu siasatan cek RM1.4 juta

SPRM tidak tolak panggil Hadi bantu siasatan cek RM1.4 juta

Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang

KUALA TERENGGANU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan memanggil Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam siasatan berhubung dakwaan bayaran RM1.4 juta kepada editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, siasatan kes itu masih berjalan.

“Cukup saya katakan yang siasatan masih dijalankan…SPRM tidak pernah umum kata kes ditutup.

“Akan ada individu lagi yang akan dipanggil untuk bantu siasatan…berkenaan memanggil presiden Pas itu kami tak tolak…berkemungkinanlah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran tayangan video pendek antirasuah di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan pemberian cek RM1.4 juta itu dikatakan bagi penyelesaian luar mahkamah kes saman melibatkan Abdul Hadi. – Bernama