Home Sukan UEFA siasat Neymar

UEFA siasat Neymar

Neymar

LONDON – Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) kini menyiasat bintang sensasi Paris Saint-Germain (PSG), Neymar gara-gara mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengadil.

The Guardian melaporkan sekiranya didapati bersalah, Neymar bakal berdepan dengan penggantungan tiga perlawanan dalam aksi Liga Juara-Juara.

Pemain antarabangsa Brazil itu meluahkan rasa marah dengan keputusan pengadil ketika aksi pusingan 16 pasukan Liga Juara-Juara yang menyaksika PSG tersingkir di tangan Manchester United.

Neymar yang menjadi penonton ketika aksi itu kerana mengalami kecederaan menggelar penolong pengadil video (VAR) sebagai memalukan apabila memberi penalti kepada United.

Sebelum keputusan dibuat, pengadil perlawanan Damir Skomina merujuk VAR dan membuat keputusan sepakan penalti kepada United.

Pemain antarabangsa Brazil itu mendakwa Skomina sebagai ‘tidak faham bola sepak’.

“Ini amat memalukan. Dan mereka masih membiarkan 4 lelaki yang tidak faham bola sepak untuk melihat rakaman video, ini sepatutnya tidak berlaku.

“Bagaimana dia mengeluarkan tangannya apabila dia berada di belakang!,” luah Neymar di Instastorynya pada 7 Mac lalu. – MalaysiaGazette