Home Ekonomi 10 produk koperasi bakal dipasarkan di negara ASEAN

10 produk koperasi bakal dipasarkan di negara ASEAN

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Abdul Fattah Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 10 produk tempatan yang berdaftar dengan koperasi negara ini berpotensi untuk dipasarkan ke negara-negara ASEAN.

Barangan tersebut termasuk makanan, biskut, makanan sejuk beku dan biskut.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, pasaran barang-barang itu telah dipersetujui oleh Organisasi Koperasi ASEAN (ACO).

Setiap negara anggota ACO perlu memastikan ada 10 produk koperasi untuk dipasarkan dan setakat ini Thailand, Kemboja dan Indonesia sudah pun berbuat demikian.

Selain produk, perkhidmatan juga dibenarkan dipasarkan.

Abdul Fattah berkata, pasaran ini akan merancakkan perniagaan koperasi-koperasi negara, dalam masa yang sama turut membantu produk tempatan melebarkan sayap. – MalaysiaGazette