KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin memberi penilaian ‘D’ kepada kerajaan Pakatan Harapan yang sudah 10 bulan mengambil alih pentadbiran Malaysia.
“Bukan ‘F’ kerana saya fikir terdapat beberapa perkara yang mereka cuba lakukan, tetapi sudah tentunya bukan ‘C’ kerana kebanyakan janji manifesto tidak ditunaikan,” katanya dalam satu wawancara bersama The Star.
Beliau yang mengetuai Kabinet bayangan Barisan Nasional berkata, ramai ahli perniagaan mengadu mereka tidak boleh membuat pelaburan bukan sahaja disebabkan ketidaktentuan ekonomi global tetapi kekurangan hala tuju dan kejelasan daripada kerajaan.
Malah, kos hidup juga tidak bertambah baik dan tidak ada tanda-tanda Pakatan Harapan dapat menangani beban kos sara hidup rakyat.
Mengulas mengenai kerjasama UMNO-Pas, Khairy berkata, ia berlaku akibat kesedaran dalam politik Melayu, justeru langkah itu adalah secocok sekarang.
“Anda tidak boleh menyalahkan kerjasama itu kerana ia berhasil dalam keadaan sekarang.
“Tetapi bagi saya, melihat jangka panjang, kita tidak boleh menolak pengundi Cina dan India selama-lamanya kerana saya merasakan kerajaan yang lebih stabil adalah disokong oleh semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum,” ujarnya.
Tambah Ahli Parlimen Rembau itu, pihak-pihak tertentu mempersoalkan kerjasama UMNO dan PAS boleh menyebabkan ketegangan kaum dan agama.
Tetapi, kita juga boleh berhujah bahawa kerajaan Pakatan Harapan bertanggungjawab dalam ketidakpuasan orang Melayu.
Mereka mahu mahukan banyak perkara, bukan hanya ekonomi tetapi juga dalam masyarakat.
Sedangkan tahap keyakinan rakyat terhadap dalam kecekapan menteri-menteri juga berbeza-beza.
Terdapat beberapa menteri yang jelas dapat menjalankan tugas dengan baik dan ada yang masih memerlukan banyak bantuan.
Dalam wawancara itu, Khairy berpendapat, beliau tidak fikir kedudukan istimewa orang Melayu terancam tetapi ada keprihatinan yang jelas bahawa isu-isu yang sensitif terhadap masyarakat Melayu telah diekploitasi oleh kebanyakan pihak.
Terdapat banyak lagi retorik terhadap Islam dan agenda Melayu dan ini merupakan kebimbangan yang sangat nyata dalam kalangan masyarakat Melayu. – MalaysiaGazette