Home Dunia Pembunuh paling dikehendaki Britain akhirnya ditangkap

Pembunuh paling dikehendaki Britain akhirnya ditangkap

Shane O'Brien

ROM – Seorang suspek kes bunuh yang paling dikehendaki di Britain ditangkap di Romania selepas bertahun-tahun melarikan diri.

Shane O’Brien, 31, didakwa telah membunuh Josh Hanson dalam serangan pisau di London pada 11 Oktober 2015.

Dia melarikan diri selepas menikam mangsa di sebuah bar RE di Hillingdon dan isyarat merah dikeluarkan oleh Interpol untuk maklumat yang akhirnya membawa kepada penangkapannya.

Polis berkata, suspek kini dalam prosiding untuk diekstradisi ke United Kingdom.

O’Brien, yang dikehendaki oleh Europol dan Agensi Jenayah Kebangsaan meninggalkan United Kingdom dengan jet persendirian selepas melakukan serangan itu.

Dia kemudian ditahan di Prague pada Februari 2017 ketika menggunakan dokumen palsu tetapi dibebaskan sebelum mengetahui identitinya. – MalaysiaGazette