KUALA LUMPUR – Empat hari yang lalu, pelakon Remy Ishak mengumumkan telah memutuskan tali pertunangan.
Tali pertunangannya dengan Ezza Yusof menurutnya, telah putus sejak sebulan yang lalu.
Ezza yang membuka mulut mengenai kejadian itu hari ini, menyifatkan apa yang berlaku dalam perhubungannya dengan pelakon Lelaki Kiriman Tuhan itu pasti mempunyai sebab tertentu.
Sempena ulang tahunnya hari ini, Ezza juga berazam tidak akan menceritakan kisah silam, sebaliknya mahu fokus dengan masa depannya.
“Rahsia untuk berubah ialah dengan memberi fokus kepada tenaga anda bukannya melawan kehidupan lama tapi untuk membina sesuatu yang baru.
“Saya akan menjadi lebih baik, tiada siapa dapat menghalang atau melambatkan usaha saya. Saya sentiasa ingat semuanya yang berlaku atas sebab tertentu. Apa yang berlaku memberi motivasi dan inspirasi kepada saya,” tulisnya.
Remy berkata, mereka berpisah bukan disebabkan oleh orang ketiga.
Remy dan Ezza mengikat tali pertunangan pada 1 Mei 2017 untuk tempoh dua tahun. -MalaysiaGazette