Home Ekonomi Harga minyak global jatuh

Harga minyak global jatuh

Gambar hiasan. Foto Reuters

SINGAPURA – Harga minyak susut dalam dagangan hari ini berikutan kebimbangan kelembapan ekonomi yang ketara menjejaskan pengurangan bekalan minyak oleh OPEC serta sekatan yang dikenakan ke atas Iran dan Venezuela.

Minyak mentah Brent didagangkan pada AS$66.52 setong, susut 0.8 peratus berbanding harga penutup.

Manakala West Texas Intermediate pula diniaga sebanyak AS$58.42 setong, jatuh 1.1 peratus.

Kedua-dua penanda aras harga minyak susut lebih daripada 3.0 peratus sejak minggu lalu. – MalaysiaGazette