Home Ekonomi Industri aeroangkasa kutip hasil RM14.4b tahun lalu

Industri aeroangkasa kutip hasil RM14.4b tahun lalu

MIT

KUALA LUMPUR – Industri aeroangkasa Malaysia mencatatkan jumlah hasil sebanyak RM14.4 bilion pada tahun ini, sekali gus mengekalkan pertumbuhan positif sejak pelaksanaan Pelan Induk 2030.

Industri itu kini memiliki 24,500 pekerja mahir yang sedang berkhidmat.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Indusri berkata, subsektor pembuatan aeroangkasa kekal sebagai penyumbang utama kepada industri dengan pendapatan 48 dan ia mencatatkan nilai tertinggi sebanyak RM6.97 bilion, meningkat sebanyak 8.3 peratus pada tahun 2017.

Sektor pembaikan dan baik pulih (MRO) mencatatkan RM6.68 bilion mewakili 46 peratus daripada jumlah hasil.

Eksport aeroangkasa juga mencatatkan nilai tertinggi sebanyak RM8.48 bilion berbanding tahun-tahun sebelumnya dengan peningkatan sebanyak 20.7 peratus dari tahun 2017.

Antara produk aeroangkasa tempatan yang dikeluarkan untuk eksport termasuk Fan Cowl, Fan Casing, Thrust Reverser, Edge Lead Edge, Pesawat Pintu, Peralatan Avionik dan Brek Karbon.

MITI berkata, dari segi pelaburan, sebanyak 11 projek aeroangkasa dengan jumlah keseluruhan pelaburan sebanyak RM816.3 juta telah diluluskan pada 2018, yang mana 41 peratus adalah pelaburan asing.

Projek-projek yang diluluskan dijangka mewujudkan sebanyak 2,442 peluang pekerjaan.

Pelaburan berkualiti dan permintaan pasaran yang kukuh juga mempercepatkan rantaian bekalan tempatan.

“Pada masa ini, Malaysia adalah salah satu daripada pembekal kritikal untuk komponen struktur pesawat terutamanya untuk Airbus dan Boeing.

“Malaysia telah menjadi sumber penting untuk komponen komposit dan logam untuk OEM, yang diketuai oleh juara tempatan iaitu Composites Technology Research Malaysia (CTRM) Sdn. Bhd., SME Aerospace Sdn. Bhd. Dan UMW Aeroangkasa Sdn. Bhd,” katanya dalam satu kenyataan.

Industri aeroangkasa Malaysia dijangka meningkat lebih tinggi pada tahun-tahun akan datang.

MITI melalui Pejabat Penyelarasan Industri Aeroangkasa Kebangsaan (NAICO) memimpin pembangunan industri aeroangkasa dan pelaksanaan Rangka Tindakan Industri Aeroangkasa Malaysia 2030.

Rangka Tindakan 2030 yang dilancarkan pada tahun 2015 meliputi strategi dan inisiatif untuk membangunkan daya saing industri aeroangkasa Malaysia. Matlamat Malaysia untuk menjadi negara aeroangkasa terkemuka menjelang tahun 2030.

Industri itu disasarkan untuk menjana pendapatan tahunan sebanyak AS$4.3 bilion (RM55.2 bilion) dan
mewujudkan 32,000 pekerjaan. – MalaysiaGazette