Home Politik Jangan tikam belakang, kata MB Perak

Jangan tikam belakang, kata MB Perak

IPOH – Menteri Besar Perak hari ini mengingatkan semua pihak dalam pentadbiran kerajaan negeri supaya tidak berpecah belah untuk memastikan kejayaan yang dikecapi dapat terus dipelihara.

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan selain perpecahan, tindakan menikam dari belakang juga perlu dielakkan, sebaliknya kepentingan rakyat perlu diutamakan.

“Kita tidak akan berjaya tubuhkan kerajaan hanya kerana seorang yang kerja, jadi kita perlu kerja sebagai satu pasukan untuk pelihara kejayaan ini (menubuhkan kerajaan negeri).

“Oleh itu, bagi memelihara dan mengurus kejayaan tersebut, satu perkara penting adalah jangan kita berpecah belah dan menikan dari belakang serta melakukan usaha-usaha yang tidak berguna hanya kerana kepentingan diri sendiri,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Watikah dan Angkat Sumpah Penyelaras DUN Perak di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini.

Ahmad Faizal berkata, seramai 28 penyelaras DUN dilantik itu akan bertindak sebagai wakil kerajaan negeri dalam memberi khidmat kepada rakyat di peringkat akar umbi.-BERNAMA