Home Dunia Wanita melahirkan bayi kembar selepas 26 hari kelahiran pertama

Wanita melahirkan bayi kembar selepas 26 hari kelahiran pertama

Gambar hiasan

DHAKA – Seorang wanita Bangladesh melahirkan bayi kembar selepas hampir satu bulan selamat melahirkan bayi pramatang.

Arifa Sultana, 20, melahirkan bayi pada lewat Februari, tetapi 26 hari kemudiannya dia bergegas ke hospital lain setelah sakit perut.

Doktor mendapati dia masih mengandung anak kembar pada rahim kedua dan melakukan Caesarean kecemasan.

Kembarnya didapati sihat dan sudah dibenarkan keluar hospital.

Sultana, yang berasal dari luar bandar, bersalin bayi pertamanya di Hospital Kolej Perubatan Khulna di daerah Khulna.

Hanya 26 hari kemudian, dia mengadu sakit perut dan dibawa ke Hospital Ad-din di daerah Jessore pada 21 Mac lalu, kata
Dr Sheila Poddar, doktor sakit puan yang melakukan pembedahan itu kepada BBC.

“Apabila pesakit masuk, kami melakukan ultrabunyi ke atasnya dan mendapati ada bayi kembar. Kami sangat terkejut dan kerana saya tidak pernah melihat sesuatu seperti ini sebelum ini,” kata Dr Poddar.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan mengapa wanita itu memilih hospital berasingan.

Menurut Dr Poddar, Sultana dan suaminya sangat miskin dan dia telah “idak pernah menggunakan ultrasound semasa kelahiran pertama.

“Dia tidak tahu bahawa dia mempunyai dua bayi lain. Kami melakukan pembedahan itu dan bayi tersebut kembar, seorang lelaki dan perempuan.”

Wanta berusia 20 tahun dan anak-anaknya dibenarkan keluar hospital pada 25 Mac selepas empat hari berada di sana. – MalaysiaGazette