Home Nasional Ada kemungkinan Adib dihentak pintu van EMRS

Ada kemungkinan Adib dihentak pintu van EMRS

Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr. Mohd Shah Mahmood.-pix BERNAMA.

SHAH ALAM – Ada kemungkinan untuk Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dihentak daun pintu van ERMS dari arah luar kenderaan itu sehingga mengakibatkan tulang rusuk kanan bahagian depannya patah.

Perkara itu diakui Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr. Mohd Shah Mahmood pada sesi inkues kematian anggota bomba berkenaan kepada Mahkamah Koroner di sini petang ini.

“Ada kemungkinan,” katanya menjawab soalan Peguam Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Syazlin Mansor yang bertanyakan adakah ada kemungkinan Muhammad Adib menerima hentakan oleh orang luar pintu van EMRS lalu terkena dada kanannya. 

Namun beliau pada mulanya tidak menolak kebanyakan kemungkinan boleh terhasil tetapi ia perlu berdasarkan corak kecederaan yang sama.

Beliau selan itu juga tidak menolak kesan sedikit lekuk pada pintu EMRS disebabkan adanya hentakan dari luar.

“Ada kemungkinan,” katanya lagi.

Beliau juga menceritakan kemungkinan yang berlaku pada 27 November 2018 adalah Muhammad Adib terjatuh dalam keadaan menjunam sedikit menghala ke bawah dengan mukanya tidak  terkena apa-apa objek disebabkan dihalang tangannya.

“Kalau terhumban secara spontan tangan boleh jadi ke depan uniknya mengambil kira corak yang ada satu yang lebar di kanan calar di lutut dan siku kena hentakan kuat ada objek seperti bahu jalan. Kecederaan dada dalam keadaan mangsa ke bawah  sedikit menjunam.

“Kemungkinan dilindungi  kepala yang terkena atas lengan,” ujarnya.

Secara kesimpulan beliau sebagai pakar forensik beranggapan  pemeriksaan klinikal sewaktu Muhammad Adib di Insititut Jantung Negara pada 30 November 2018 menjurus kepada kesan ditumbuk semasa rusuhan berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman Seafield.

Namun jelasnya,  hasil pemeriksaan membuatkan Mohd. Shah tidak yakin terhadap anggapan itu  berdasarkan kesan kecederaan yang dialami Muhammad Adib tidak seperti dipukul.

Pada akhirnya, hasil bedah siasatan dan lakonan semula untuk mendapatkan kemungkinan yang paling dekat berlaku ialah seperti pendapat Pakar Forensik, Dr. Ahmad Hafizam Hasmi sebelum ini iaitu daun pintu van bomba menghentak belakangnya.

Justeru itu, berlakunya kepatahan yang disifatkannya unik, katanya. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Pertama kali lihat patah rusuk seperti kes Adib